Pengertian syukur
Bersyukur ertinya merasa kegembiraan atas sesuatu pemberiaan dan pertolongan oleh Allah atau orang lain.
Kegembiraan itu di nyatakan dengan ucapan atau perbuatan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.Ucapan syukur di lakukan dengan memuji Allah seperti alhamdulillah sementara perbuatan syukur pula di lakukan dengan menggunakan nikmat yang di beri dengan sebaik-baiknya.
Rukun syukur ada tiga iaitu:
1. ILMU-mengetahui bahawa segala nikmat datang nya dari Allah.
2.KEROHANIAN-bersyukur kerana memperolehi nikmat dari Allah.
3.AMAL-menggunakan nikmat tersebut pada jalan yang di redai Allah.
Orang yang sentiasa bersyukur hati nya akan merasa tenang dan Allah akan menambah pemberiaan nya kepada orang yang bersyukur.
MENSYUKURI NIKMAT ALLAH
Nikmat pula bererti segala bentuk kesenangan dan keselesaan yang di kurniakan oleh Allah untuk memenuhi
keperluan manusia seperti makanan, kesihatan, tempat tinggal dan keamanan. Ianya amat mudah untuk di laksanakan dan nikmat itu tidak terhitung banyak nya. Sebagai hamba kita mesti mensyukuri nikmat nya.
Mukmin yang berjaya ialah mereka yang bersyukur apabila menerima nikmat serta bersabar apabila di timpa kesusahan dan berusaha mengubah nasib nya.
Para ulama membahagikan cara bersyukur nikmat Allah kepada tiga bahagian iaitu:
1.Bersyukur dengan hati- reda dengan nikmat Allah.
2.Bersyukur dengan lisan- mengucapkan syukur dan berdoa kepada Allah.
3.Bersyukur dengan amalan- menggunakan nikmat Allah dengan cara yang betul.
Seluruh pancaindera yang di anugerah kan Allah adalah sebagai nikmat nya.Oleh itu kita mesti mensyukuri nya dan menggunakan dengan sebaik-baik nya.Sebagai contoh Rasulullah adalah insan yang sentiasa bersyukur dengan banyak beribadah kepada Allah.
KESAN SIFAT SYUKUR DALAM KEHIDUPAN:
1.Melahirkan insan yang mematuhi perintah Allah seperti menunaikan solat, berzakat,bersedekah dan sentiasa melakukan amal kebajikan.
2.Melatih manusia menggunakan segala nikmat Allah dengan betul samaada nikmat yang ada pada diri atau pun nikmat pada alam.
3.Mendidik manusia menggunakan nikmat untuk memenuhi keperluan, kemudahan dan kemewahan.
4. Membentuk masyarakat yang perihatin, bertawakal dan tidak membazir.
KELEBIHAN ORANG YANG BERSYUKUR:
1. Rezeki orang yang bersyukur akan sentiasa bertambah.
2.Hidup akan di rahmati dan di berkati Allah.
3.Akan di pandang mulia oleh masyarakat.
4. Ekonomi maju kerana ramai orang bersedekah dan hidup sederhana.
5.Orang yang bersyukur di sayangi Allah dan di beri ganjaran pahala.
KEBURUKAN ORANG YANG KUFUR(TIDAK BERSYUKUR)
1.Akan sentiasa mengalami kesempitan hidup.
2.Nikmat yang di kurnikan akan di tarik semula oleh Allah.
3.orang yang kufur dan tamak akan di pandang hina oleh masyarakat.
4. Ekonomi mundur kerana ramai yang bakhil dan fakir.
5.Orang yang kufur nikmat akan di azab oleh Allah.
Begitu lah kekuasaan Allah yang boleh mengurniakan nikmat dan mengambil nya semula kepada sesiapa yang di kehendaki nya dalam sekelip mata.Oleh itu kita harus sentiasa bersyukur , berusaha dan berdoa kepada Allah untuk mendapat nikmat NYA.
Adakah kita selalu bersyukur dengan segala nikmat Allah yang di beri kan pada hari ini.........?????
Syukur ni sangat luas konsepnya...memang kita kena sntiasa berSYUKUR kepada-NYA..walaupun kita dapat rezki yg sedikit..Org Islam jika tidak bersyukur pasti menjadi lebur dan tiada berguna apa2 pun,Allah tidak pandang apa yang kita ada..bersyukur lah dengan apa yang ada,
ReplyDeletememang betul.Dengan sifat bersyukur lah kita dapat menghayati kehidupan ini dengan penuh ketenangan.
ReplyDeleteNikmat allah tu tak ternilai. Banyak yang di bagi pada hamba nya. Dalam keadaan apa pun kita sakit sehat senang susah tetap ada nikmat yang allah beri pada kita contoh nya Allah masih bagi kita mata untuk melihat. Jadi bersyukur lah
ReplyDeleteUstazah bagaimana yang di maksudkan bersyukur dengan hati?
ReplyDeleteTerima kasih di atas soalan itu......maksud bersyukur dengan hati ialah kita redha dengan nikmat Allah yang di berikan kepada kita.Tidak pernah berkeluh kesah dan sentiasa mengucapkan terima kasih.
Delete