Thursday, 29 December 2011

AKTIVITI PERBINCANGAN

AKTIVITI SATU

Bersyukur ialah memuji Allah terhadap nikmat NYA dan menggunakan nikmat yang di beri ke jalan yang di redai Allah. Bagaimanakah cara kita mensyukuri nikmat Allah ?



AKTIVITI KE 2.

Tahukah kita bahawa terdapat banyak kesan apabila kita bersyukur  atau mengufurkan nikmat Allah.
Berikan  3 kelebihan apabila kita bersyukur dan 3 keburukan apabila kita kufur dengan nikmat yang di berikan oleh Allah.



AKTIVITI KE 3.

Orang yang sentiasa bersyukur  Allah  Taala akan sentiasa menambah pemberiannya dan orang yang sentiasa bersyukur juga hati nya akan sentiasa berasa  lapang dan tenang.
Senaraikan ke tiga-tiga rukun syukur.

ISI KANDUNGAN (BERSYUKUR)

Pengertian syukur

Bersyukur ertinya merasa kegembiraan atas sesuatu pemberiaan dan pertolongan oleh Allah atau orang lain.
Kegembiraan itu di nyatakan dengan ucapan atau perbuatan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.Ucapan syukur di lakukan dengan memuji Allah seperti alhamdulillah sementara perbuatan syukur pula di lakukan dengan menggunakan nikmat yang di beri dengan sebaik-baiknya.


Rukun syukur ada tiga iaitu:

1. ILMU-mengetahui bahawa segala nikmat datang nya dari Allah.
2.KEROHANIAN-bersyukur kerana memperolehi nikmat dari Allah.
3.AMAL-menggunakan nikmat tersebut pada jalan yang di redai Allah.

Orang yang sentiasa bersyukur hati nya akan merasa tenang dan Allah akan menambah pemberiaan nya kepada orang yang bersyukur.


MENSYUKURI NIKMAT ALLAH

Nikmat  pula bererti segala bentuk kesenangan dan keselesaan yang di kurniakan oleh Allah untuk memenuhi
keperluan manusia seperti makanan, kesihatan, tempat tinggal dan keamanan. Ianya amat mudah untuk di laksanakan dan nikmat itu tidak terhitung banyak nya. Sebagai hamba kita mesti mensyukuri nikmat nya.
Mukmin yang berjaya ialah mereka yang bersyukur apabila  menerima nikmat serta bersabar apabila di timpa kesusahan dan berusaha mengubah nasib nya.


Para ulama  membahagikan cara bersyukur nikmat Allah kepada tiga bahagian iaitu:


1.Bersyukur dengan hati- reda dengan nikmat Allah.
2.Bersyukur dengan lisan- mengucapkan syukur  dan berdoa kepada Allah.
3.Bersyukur dengan amalan- menggunakan nikmat Allah dengan cara yang betul.

Seluruh pancaindera yang di anugerah kan Allah adalah sebagai nikmat nya.Oleh itu kita mesti mensyukuri nya dan menggunakan dengan sebaik-baik nya.Sebagai contoh Rasulullah adalah insan yang sentiasa bersyukur dengan banyak beribadah kepada Allah.


KESAN SIFAT SYUKUR DALAM KEHIDUPAN:

1.Melahirkan insan yang mematuhi perintah Allah seperti menunaikan solat, berzakat,bersedekah dan sentiasa melakukan amal kebajikan.
2.Melatih manusia menggunakan segala nikmat Allah dengan betul samaada nikmat yang ada pada diri atau pun nikmat pada alam.
3.Mendidik manusia  menggunakan nikmat untuk memenuhi  keperluan, kemudahan dan  kemewahan.
4. Membentuk masyarakat yang perihatin, bertawakal dan tidak membazir.


KELEBIHAN ORANG YANG BERSYUKUR:


1. Rezeki orang yang bersyukur  akan sentiasa bertambah.
2.Hidup akan di rahmati dan di berkati Allah.
3.Akan di pandang mulia oleh masyarakat.
4. Ekonomi maju kerana ramai orang bersedekah dan hidup sederhana.
5.Orang yang bersyukur di sayangi Allah dan di beri  ganjaran pahala.


KEBURUKAN ORANG YANG KUFUR(TIDAK BERSYUKUR)


1.Akan sentiasa mengalami kesempitan hidup.
2.Nikmat yang di kurnikan akan di tarik  semula oleh Allah.
3.orang yang kufur dan tamak akan di pandang hina oleh masyarakat.
4. Ekonomi mundur kerana ramai yang bakhil  dan fakir.
5.Orang yang kufur nikmat akan di azab oleh Allah.


Begitu lah kekuasaan Allah yang boleh mengurniakan  nikmat dan mengambil nya semula kepada sesiapa yang di kehendaki nya dalam sekelip mata.Oleh itu kita harus sentiasa bersyukur , berusaha dan berdoa kepada Allah untuk mendapat nikmat NYA.
Adakah kita selalu bersyukur dengan segala nikmat Allah yang di beri kan pada hari  ini.........?????

objektif pembelajaran (bersyukur)

1.Dapat mengetahui ciri-ciri orang yang bersyukur.
2.Dapat memahami kepentingan bersederhana dalam Islam.
3.Dapat bersyukur dengan nikmat yang di kurniakan oleh Allah.
pautan ke
akhlak yang mulia

Saturday, 3 December 2011

tujuan


Tujuan  saya menwujudkan blog ini  ialah untuk berkongsi rasa bagaimana hendak melahirkan rasa syukur kita terhadap ALLAH yang telah   banyak  memberi kita rahmat dan hidayahNYA.

Asalamualaikum



Selamat datang di ucapkan kepada kawan-kawan yang membaca blog saya.


pautan ke
bersyukur